Chew May Yoke D052758
Marilah Belajar Bahasa Melayu Tahap Satu SJK
Isnin, 29 Oktober 2012
Ahad, 28 Oktober 2012
Gambar Keluarga bahagia
1.Telitikan gambar kemudian senaraikan kata panggilan yang digunakan untuk menerang hubungan keluarga. 2.Binakan pohon keluarga berdasarkan gambar ini. 3.Binakan tiga ayat yang menggunakan kata panggilan. a) b) c) 4.Carikan sinonim bagi kata nama panggilan di bawah ini. a) datuk = b) nenek= c )bapa= d) emak= e )kakak= f) abang= |
Khamis, 25 Oktober 2012
TARIAN ZAPIN
2.TARIAN ZAPIN
Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.
Tarian Tradisional Melayu
TARIAN MELAYU
1.TARIAN MAK YONG
Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

Congkak
Congkak
Pengenalan
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Cara-cara Bermain Congkak
a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Permainan Wau
Permainan Wau
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
Permainan Batu Seremban
Permainan Batu Seremban
Pengenalan
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Selasa, 23 Oktober 2012
Ahad, 21 Oktober 2012
Murid-murid kesayangan saya
Kertas Ujian Tahun 3
A. Bulatkan jawapan yang betul.
1. Shan mendapat tempat pertama dalam pertandingan _______________ itu.
A. mencerita B. bercerita C. Cerita
2. Rani _____________________ rambutnya dengan reben putih.
A. berikat B. menyikat C. menyikat
3. Bendra Malaysia sentiasa ____________________ di sekolah.
A. berkibar B. kibar C. dikibarkan
4. Guru ___________________ kepada murid supaya membawa kertas warna.
A. memasan B. Dipesan C. berpesan
5. Guru besar ______________________ cenderamata kepada Pegawai.
A. menyampaikan B. disampaikan C. sampai
6. Selepas menggunakan telefon, Encik.Tinakaran ______________terima kasih.
A. diucapkan B. ucapan C. mengucapkan
7. David _______________ peristiwa tersebut kepada kawan-kawanya.
A. menceritakan B. cerita C. diceritakan
8. Lelaki itu ________________ sebatang kayu dan menghalau anjing itu.
A. ambil B. mengambil C. diambil
9. Pegawai polis telah _________________ pencuri itu.
A. menangkap B. tangkap C. ditangkapi
10. Cik.Harini _________________ ikan di dalam kolam.
A. dipelihara B. memelihara C. pelihara
(20m)
B. Suaikan simpulan bahasa yang betul.
1. Ambil * * daging
2. Anak * * mulut
3. Ambil * * hati
4. Darah * * buah
5. Manis * * angin
(10 m)
C. Pilih dan isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
1. Badrul ______________________ (sambil/ dan) Ah Meng bermain bola.
2. Tinakaran budak pandai _______________ (tetapi / lalu) nakal.
3. Kamu hendak makan mee _______________ (atau / kerana) nasi lemak?
4. Harini tidak pergi ke sekolah ______________ (supaya / kerana) sakit kepala.
5. Thurkhes mengambil sepotong kek ______________ ( lalu / sambil) menyuapakn ke
mulut adiknya.
(10m)
D. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
1. _______________________ harga pensil 2B ini?
2. _______________________ awak tinggal?
3. _______________________ awak datang ke sekolah?
4. _______________________ nama emak awak?
5. _______________________ tarikh tutup pertandingan menyanyi?
6. _______________________ perasaan awak ketika mendapat hadiah? (12m)
E. Salin semula rangkai kata di bawah dengan meletak tanda baca yang sesuai.
1. siapakah nama awak
______________________________________________________________
2. cikgu menghantar raju ke klinik
______________________________________________________________
3. amboi cantiknya baju awak
______________________________________________________________
4. di manakah letaknya taman Negara
______________________________________________________________
5. bendera malaysia sentiasa berkibar di sekolah saya
______________________________________________________________
6. selepas menggunakan telefon encik chandran mengucapkan terima kasih
______________________________________________________________
(24m)
F.Tulis perkataan yang sesuai pada tempat kosong.
1. Nama saya ___________________________________________________________.
2. Saya berumur ________________________________________________________ .
3. Saya tinggal di ________________________________________________________.
4. Saya bersekolah di _____________________________________________________.
5. Saya bercita-cita ingin menjadi ___________________________________________.
6. Saya mesti belajar__________________________________untuk mencapai cita-cita saya.
(24m)
Rabu, 17 Oktober 2012
Penjodoh Bilangan
- Pak Usop membawa se ............... pisang pulang dari kebunnya
- buah
- tandan
- ekor
- biji
- Se .............. tembikai itu berharga RM5.00
- buah
- biji
- ekor
- pasang
- Johari ternampak beberapa ..................... burung hinggap di atas pokok kelapa.
- tandan
- sikat
- potong
- ekor
- Lima ............... kereta digunakan untuk rombongan pengantin.
- biji
- buah
- pasang
- ekor
- Se ................ kasut sukan Adidas berharga RM200.00
- ekor
- pasang
- tandan
- keping
- Se .............. pisang itu berharga RM5.00
- tandan
- biji
- pokok
- sikat
- Emak menghadiahkan se ................... baju kurung untuk Nadhirah.
- gulung
- keping
- lembar
- pasang
- Abang Lan menggali lubang dengan menggunakan se .................. cangkul.
- batang
- pucuk
- bilah
- urat
- Tiga ................... bunga ros menghiasi pasu kecil di atas meja itu.
- jambak
- helai
- keping
- butir
- Dua .................. filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan Hayati
- lembar
- keping
- buah
- gulung
- Adik menghabiskan tiga .................... jagung dalam tiga minit.
- batang
- biji
- butir
- tongkol
- Tauke Lim dapat menjual lima ........... kereta sahaja untuk bulan ini.
- biji
- buah
- gugus
- tangkai
- Puan Umi memotong ayam dengan menggunakan se ................ pisau.
- buah
- pucuk
- batang
- bilah
- Polis telah menemukan se ................. pistol di dalam rumah penjenayah itu.
- biji
- butir
- buah
- pucuk
- Se ................... garam mesti dimasukkan ke dalam bubur untuk menambahkan keenakannya
- keping
- cubit
- butir
- biji
- Ayah membeli ................ pisang di gerai buah-buahan.
- biji
- pasang
- sisir
- utas
- Berapakah harga se ................ anggur ini?
- gugus
- sikat
- genggam
- longgok
- Dua .................... limau ini berharga RM10.00
- bekas
- longgok
- kelompok
- gelung
- Pak Tua mengikat lembunya dengan ................... tali.
- untai
- lembar
- gelung
- utas
- ................ orang murid mesti mematuhi disiplin.
- Setiap
- Tiap
- Beberapa
- Para-para
- Tiga ................. rumah kedai musnah dalam kebakaran itu.
- pintu
- bentuk
- helai
- biji
- Puan Shaina membelikan anak perempuannya dua ............. baju kurung.
- cekak
- pasang
- batang
- bentuk
- Dia memberikan ibunya se ................ cincin batu permata.
- biji
- buah
- bentuk
- batang
- Beberapa ................. pokok kunyit hidup subur di belakang rumah saya
- cekak
- helai
- batang
- rumpun
- Beberapa ................... burung sedang terbang tinggi di angkasa.
- kawan
- gerombolan
- gugus
- utas
- Jailani membelikan se ..................... rantai emas di kedai itu.
- helai
- bentuk
- pasang
- utas
- Se ............... jala tergantung di hadapan rumah nelayan itu.
- rawan
- kepal
- bidang
- gumpal
- Semalam kakak saya kehilangan ................ anting-anting yang baru dibelinya.
- tangkai
- bentuk
- pasang
- butir
- Polis melepaskan beberapa ................... tembakan ke arah perompak itu.
- butir
- biji
- das
- laras
- Buah durian yang besar itu mempunyai lapan ............... isi.
- ikat
- kampit
- potong
- ulas
Selasa, 9 Oktober 2012
Simpulan Bahasa- Bahasa Melayu t3
-
Berita kehilangan Balkis menjadi ............... orang kampung
- buah mulut
- makan hati
- pasang telinga
- ringan tulang
-
Hashimi disukai oleh kawan-kawannya kerana dia ................
- makan hati
- ringan tulang
- pasang telinga
- buah mulut
-
Kamariah ................ di belakang pintu untuk mendengar perbualan orang tuanya.
- pasang telinga
- buah mulut
- makan hati
- ringan tulang
-
Perbincangan untuk menyelesaikan masalah syarikat menemukan ...............................
- ringan tulang
- jalan buntu
- pasang telinga
- buah mulut
-
Puan Sarimah ................. dengan sikap anaknya yang tidak mendengar kata itu.
- pasang telinga
- buah mulut
- makan hati
- jalan buntu
-
................... yang dikemukakan oleh Puan Mariah akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan.
- Buah tangan
- Buah fikiran
- Buah hati
- Buah mulut
-
Tuan Abdul disayangi oleh para pekerjanya kerana dia .......................
- ada hati
- sakit hati
- murah hati
- ringan tangan
-
Azami percaya bahawa kejayaan pasti ............. kerana dia sudah berusaha bersungguh-sungguh.
- dalam tangan
- buah tangan
- terang hati
- besar hati
-
Fakri ................ supaya ayahnya membelikannya kereta kawalan jauh.
- mencari akal
- mengambil hati
- memberi peluang
- mengatur langkah
-
Fakhrul .................. apabila melihat kotak mainannya diselongkar oleh adiknya.
- hati batu
- ada angin
- berat hati
- naik darah
-
Rumah Mak Hani tidak dikunjungi kanak-kanak kerana dia ..................
- tangkai jering
- ringan tulang
- makan hati
- berat hati
-
Mohd Saiful membawa ...................... semasa melawat kawannya di hospital.
- ada hati
- terang hati
- buah fikiran
- buah tangan
-
Sikap Arif yang suka ............ menyebabkan dia dibuang kerja.
- berat mata
- buruk siku
- curi tulang
- mulut murai
-
Aliza .............. kepada Pak Amat dan Mak Jah.
- anak angkat
- buah hati
- anak gahara
- isi hati
-
Ravi .................. apabila melihat bayangan yang menyeramkan itu muncul di kaca televisyen.
- cari akal
- kaki rambu
- kering darah
- tawar hati
Bahasa Melayu
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Terimalah hadiah ini sebagai tanda kenang-kenangan.
- Terimalah hadiah, ini sebagai tanda kenang-kenangan.
- Terimalah hadiah ini, sebagai tanda kenang-kenangan.
- Terimalah, hadiah ini sebagai tanda kenang-kenangan.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Nah! ambillah wang ini.
- Nah, ambillah wang ini.
- Nah, ambillah wang ini!
- Nah, ambillah wang ini
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- "Eh, Alif! Bagaimana dengan kesihatan awak, sekarang?"
- "Eh, Alif. Bagaimana dengan kesihatan awak sekarang?"
- "Eh Alif! Bagaimana? dengan kesihatan awak sekarang?"
- "Eh! Alif. Bagaimana dengan kesihatan awak sekarang?"
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Mak Cik Limah membeli terung, tomato dan daging di pasar tani.
- Mak Cik Limah membeli, terung, tomato dan daging di pasar tani.
- Mak Cik Limah, membeli terung, tomato dan daging di Pasar Tani.
- Mak Cik Limah membeli terung, cili, tomato dan daging di Pasar Tani.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- "Eh, kamu rupanya! Kamu dari mana!" tanya Ani.
- "Eh, kamu rupanya? Kamu dari mana!" tanya Ani.
- "Eh, kamu rupanya! Kamu dari mana?" Tanya Ani.
- "Eh, kamu rupanya! Kamu dari mana?" tanya Ani.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- "Semua murid, dikehendaki hadir petang ini," kata Cikgu Ramu.
- "Semua murid dikehendaki hadir petang ini!" kata Cikgu Ramu.
- "Semua murid dikehendaki hadir petang ini." kata Cikgu Ramu.
- "Semua murid dikehendaki hadir petang ini," kata Cikgu Ramu.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- "Mari ke sini!" kata Azri kepada Azrul.
- "Mari ke sini," kata Azri kepada Azrul.
- "Mari ke sini?" kata Azri kepada Azrul.
- "Mari, ke sini," kata Azri kepada Azrul.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Wah, tinggi sungguh menara kembar petronas!
- Wah! tinggi sungguh menara Kembar Petronas!
- Wah, tinggi sungguh Menara Kembar Petronas!
- Wah! tinggi sungguh menara kembar petronas!
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Aduh, Sakit sungguh lututku!
- Aduh. Sakit sungguh lututku!
- Aduh, sakit sungguh lututku!
- Aduh, sakit sungguh Lututku!
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Tolong, tutup pintu itu!
- Tolong! tutup pintu itu!
- Tolong tutup pintu itu.
- Tolong! tutup pintu itu.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- "Silalah masuk." Kata emak kepada orang tua itu.
- "Silalah masuk?" kata emak kepada orang tua itu.
- "Silalah, masuk," kata emak kepada orang tua itu.
- "Silalah masuk," kata emak kepada orang tua itu.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- "Remaja seperti kalian harus tabah!" kata nenek.
- "Remaja, seperti kalian harus tabah," kata nenek.
- "Remaja seperti kalian harus tabah." kata nenek.
- "Remaja seperti kalian harus tabah," kata nenek.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- "Bagaimanakah dia memperoleh buku itu?" tanya Zamri.
- "Bagaimanakah dia memperoleh buku itu," tanya Zamri.
- "Bagaimanakah dia memperoleh buku itu." tanya Zamri.
- "Bagaimanakah dia memperoleh buku itu!" tanya Zamri.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Mereka gembira, kerana setelah beberapa kali mencuba; barulah kali ini mereka berjaya.
- Mereka gembira kerana setelah beberapa kali mencuba barulah kali ini mereka berjaya.
- Mereka gembira; kerana setelah beberapa kali mencuba, barulah kali ini mereka berjaya.
- Mereka gembira kerana setelah beberapa kali mencuba, barulah kali ini mereka berjaya.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Dia, menyanyi dengan penuh semangat.
- Dia menyanyi dengan penuh semangat!
- Dia menyanyi dengan penuh semangat.
- Dia menyanyi, dengan penuh semangat.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Berapakah bayaran masuk ke Pesta itu.
- Berapakah bayaran masuk ke Pesta itu?
- Berapakah bayaran masuk, ke pesta itu?
- Berapakah bayaran masuk ke pesta itu?
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- "Berapa orang? Adik-beradik kamu," tanya Abu.
- "Berapa orang adik-beradik? Kamu, tanya Abu".
- "Berapa orang adik-beradik kamu, tanya Abu?"
- "Berapa orang adik-beradik kamu?" tanya Abu.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Fatimah, seorang Doktor Gigi.
- Fatimah seorang doktor, gigi.
- Fatimah seorang doktor gigi.
- Fatimah seorang Doktor Gigi.
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Nah. Terimalah tikamanku ini!
- Nah, terimalah tikamanku ini!
- Nah, Terimalah tikamanku ini!
- Nah, terimalah. Tikamanku ini!
- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
- Amboi! Wanginya bunga ini.
- "Amboi! Wanginya bunga ini,"
- "Amboi, wanginya bunga ini!"
- Amboi wanginya bunga ini.
Langgan:
Catatan (Atom)